PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon menegaskan kejayaan mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) bukan alasan untuk anak buahnya mendabik dada, sebaliknya mengingatkan pasukan agar terus merendah diri dan fokus cabaran seterusnya. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata, masih banyak aspek perlu diperbaiki, khususnya disiplin pemain dalam perlawanan antarabangsa yang disifatkannya jauh lebih mencabar dan berintensiti tinggi. “Kami perlu belajar dan bertanggungjawab sebagai satu pasukan.…










