KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui penganjuran Terbuka Malaysia tahun depan bakal berdepan cabaran susulan pembaharuan format baharu diperkenalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), termasuk peningkatan hadiah wang tunai serta tempoh kejohanan yang lebih panjang. Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, walaupun status Terbuka Malaysia sebagai kejohanan World Tour Super 1000 berjaya dikekalkan, implikasi kewangan dan operasi tidak boleh dipandang ringan. Katanya, antara cabaran utama ialah kenaikan hadiah wang…










