LONDON: Penyerang Manchester United, Matheus Cunha menyifatkan sentuhan taktikal Ruben Amorim sebagai antara faktor utama yang mencetus kebangkitan baharu The Red Devils meskipun pasukan itu kini dikendalikan sementara oleh Michael Carrick. Cunha yang berhijrah dari Wolverhampton Wanderers dengan nilai perpindahan tinggi menegaskan, pengaruh Amorim tidak pernah pudar dalam bilik persalinan The Red Devils. Malah, dia percaya aura dan reputasi pengendali dari Portugal itu menjadi tarikan utama kepada ramai pemain muda…










