PETALING JAYA: Akuatik Malaysia (MAS) menegaskan persiapan penerjun negara tidak terganggu walaupun tidak menyambung kontrak dua jurulatih terjun dari China, Li Jun Bai dan Li Jun Song. Situasi itu menyebabkan badan induk itu kini kekurangan jurulatih pada peringkat Podium yang mana hanya Mao Lin dan Nor Aznizal Najib mengendali lebih 10 atlet kebangsaan. Pengarah teknikal terjun, Yeoh Ken Nee berkata, pemergian kedua-dua jurulatih itu memberi sedikit impak jangka pendek, tetapi…










