KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen berpandangan kejayaan Malaysia dalam Piala Thomas tidak wajar bergantung kepada status ‘superstar’ seorang pemain. Jonassen berkata, kejohanan berpasukan menuntut kesatuan dan pengorbanan kolektif, justeru fokus tidak boleh tertumpu kepada seorang pemain sahaja walaupun berstatus bintang. “Dalam kejohanan berpasukan, tiada istilah superstar kerana semua pemain adalah sebahagian daripada pasukan. “Kadang kala bukan pemain paling terkenal yang menentukan kemenangan dalam perlawanan…










