KUALA LUMPUR: Kehadiran legenda badminton negara, Koo Kien Keat sebagai pembimbing sementara terbukti memberi suntikan keyakinan kepada beregu profesional negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani dalam kempen Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, semalam. Sze Fei–Izzuddin tampil dengan permainan lebih kemas, yakin dan agresif apabila menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard–Mads Vestergaard 21-15, 21-13 dalam masa 38 minit, sekali gus membalas kekalahan mereka di pusingan sama pada edisi tahun…










