MELBOURNE: Elena Rybakina berjuang menewaskan Jessica Pegula untuk mara ke final Terbuka Australia sekali gus mengatur ulangan perlawanan akhir kejuaraan 2023 menentang Aryna Sabalenka. Rybakina dari Kazakhstan, yang memburu gelaran Grand Slam kedua, menewaskan pemain Amerika Syarikat itu dan pilihan keenam 6-3, 7-6 (9/7) dalam pertarungan sengit selama 1 jam 40 minit di Rod Laver Arena dan masih belum kehilangan sebarang set sepanjang kejohanan. Ganjaran buat pemain berusia 26 tahun itu…










