PARIS: Liverpool, Manchester City dan Barcelona mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara (UCL), semalam namun juara bertahan Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid gagal menamatkan saingan dalam kelompok lapan teratas. Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool membelasah Qarabag 6-0 pada pusingan kelapan dan terakhir fasa liga di Anfield untuk menamatkan kedudukan di tempat ketiga daripada 36 pasukan di belakang Arsenal dan Bayern Munich yang lebih awal mengesahkan kemaraan.…










