PERTIMBANGAN kerajaan untuk mengembalikan semula dua Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sebagai tindak balas tekanan orang ramai dan kebimbangan ibu bapa, wajar difikirkan dengan teliti. Keputusan sebesar dan berimpak tinggi ini tidak seharusnya didorong semata-mata ketidakpuasan hati atau pengalaman dilalui dalam sistem lalu tetapi seharusnya dilakukan dengan pemahaman jelas tentang keadaan semasa pendidikan negara selain visi yang koheren untuk masa hadapan. Ia dirujuk sebagai ‘kesan…










