PADA zaman dunia beralih lintas dengan begitu pantas, kita memerlukan ekosistem pendidikan yang memandu masyarakat agar tidak hilang arah tujuan. Pendidikan menjadi tunjang yang boleh memperkasakan keinsanan masyarakat, terutamanya dengan perkembangan teknologi kebelakangan ini. Pada Oktober tahun lalu, saya dijemput mengambil bahagian dalam sebuah persidangan antarabangsa berkenaan pendidikan untuk pembangunan mampan di bawah sebuah institusi Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU) di Okayama, Jepun. Peluang tersebut membolehkan saya bekerja, berbincang dan…










