BOURNEMOUTH: Pengurus Liverpool, Arne Slot menyifatkan faktor keletihan sebagai punca utama kegagalan pasukannya meraih mata selepas tewas dramatik 2-3 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality, semalam. Slot berkata, bebanan perlawanan yang tinggi memaksa Liverpool menurunkan kelompok pemain yang sama dalam beberapa aksi terakhir, sekali gus menjejaskan tahap kecergasan pasukan terutama pada penghujung perlawanan. “Dalam lima hingga 10 perlawanan terakhir, kami terpaksa bergantung kepada pemain yang sama.…










