PETALING JAYA: Selangor FC, Kuching City FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan kelompok bawah dalam pusingan kedua Liga Super ketika ketiga-tiga pasukan itu bersaing sengit merebut kedudukan kedua dan ketiga liga. Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, saingan pusingan kedua dijangka lebih mencabar kerana jurang kualiti antara pasukan-pasukan teratas dan pasukan kelompok bawah liga tidaklah terlalu besar seperti yang sering digambarkan.…










