Man United perlukan pengurus ‘gila’ - Ferdinand

Man United perlukan pengurus ‘gila’ – Ferdinand

Roberto De Zerbi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rio Ferdinand menamakan dua pengurus yang digelarnya sebagai ‘gila’ dan percaya mereka wajar menjadi pilihan utama Manchester United bagi jawatan pengurus tetap selepas pemecatan Ruben Amorim.

United kini sudah menyingkirkan enam pengurus sejak Alex Ferguson bersara pada 2013 meskipun Michael Carrick dilantik sebagai pengurus sementara, namun kelab itu dijangka kembali memburu pengendali baharu pada musim panas ini.

Pengurusan tertinggi di Old Trafford tidak dijangka ketandusan calon dengan beberapa pengurus antarabangsa berprofil tinggi berpotensi selepas Piala Dunia termasuk Thomas Tuchel, Carlo Ancelotti dan Julian Nagelsmann yang sebelum ini dikaitkan dengan jawatan itu.

Namun, Ferdinand menyatakan Roberto De Zerbi dan bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte sebagai dua individu yang patut diberi perhatian serius oleh bekas kelabnya dalam temubual bersama BBC.

Antonio Conte

“Kita sudah mencuba semua jenis pengurus. Kita pernah ada Louis van Gaal yang berpengalaman, Jose Mourinho yang mungkin bukan di kemuncak Chelsea tetapi tetap nama besar dengan karakter kuat.

“Kita juga pernah ada pengurus muda yang sedang meningkat seperti Erik ten Hag dan Amorim. Kemudian kita ambil legenda tempatan yang memahami kelab ini.

“Sekarang mungkin kita perlu laluan ‘gila’. Kita perlukan individu yang penuh semangat, berani menyerang, tidak gentar media.

“Bila saya kata gila, hanya dua nama yang saya fikirkan. Conte paling menyerlah. Saya rasa beliau akan teruja dengan peluang ini. Beliau pernah datang ke Chelsea dan Napoli ketika kedua-duanya di tangga ke-10 atau 11 dan menjuarai liga. Beliau tahu bagaimana menstabilkan pasukan.

“Seorang lagi adalah jurulatih yang mampu membentuk gaya permainan dan identiti dengan pantas. Beliau sudah melakukannya di tiga kelab iaitu De Zerbi. Kita perlukan elemen daripada kedua-duanya dan saya tidak kisah jika United mendapatkan salah seorang daripada mereka,” kata Ferdinand.

De Zerbi dan Conte kini masih terikat kontrak, masing-masing bersama Marseille dan Napoli bermakna United perlu membayar pampasan jika mahu mendapatkan khidmat mereka.

Bagaimanapun, masih timbul persoalan sama ada pengarah United, Jason Wilcox dan Omar Berrada bersedia melantik pengurus berterus terang selepas Amorim dipecat susulan kenyataan kerasnya selepas perlawanan di Elland Road. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN