PETALING JAYA: Malaysia perlu bersedia dengan pelbagai risiko jika berhasrat untuk terus menggunakan khidmat tujuh pemain warisan selepas hukuman mereka ditangguhkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) Isnin lalu. Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John berkata, pihaknya tidak mempunyai butiran tentang status tujuh pemain Malaysia dan perkara itu perlu perbincangan lanjut dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). “Kita baru terima surat FIFA dan tidak ada…










