RABAT: Maghribi akan menentang Senegal di bawah pimpinan Sadio Mane dalam final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) hujung minggu ini selepas kedua-duanya mencatat kemenangan dalam separuh akhir, semalam. Kemenangan Senegal itu juga memusnahkan impian bintang Liverpool, Mohamed Salah untuk menjulang gelaran kali ini. Maghribi menewaskan Nigeria 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan separuh akhir berakhir 0-0 selepas masa tambahan, dengan penjaga gol Yassine Bounou mempamerkan aksi cemerlang apabila menyelamatkan dua…










