LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui penguasaan bola yang tinggi tidak membawa sebarang nilai apabila gagal diterjemahkan kepada peluang jelas, terutama ketika berdepan pasukan yang memilih untuk bertahan secara bertumpu dan berdisiplin. Ketumpulan sentuhan berbisa di bahagian serangan menghantui Liverpool apabila sekadar terikat tanpa jaringan menentang Leeds United di Anfield, semalam, meskipun mendominasi hampir keseluruhan permainan. Ketiadaan Mohamed Salah serta Alexander Isak nyata merencatkan ketajaman jentera serangan, dengan barisan depan…










