KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 dari 6 hingga 11 Januari ini menjadi medan wajib menang bagi wakil negara, khususnya dalam acara beregu, selepas gelaran Super 1000 itu dianggap badi kepada pemain Malaysia. Sejak Datuk Seri Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Malaysia pada 2018, Malaysia gagal menghasilkan juara, malah sektor beregu lelaki kini sudah kemarau 12 tahun, manakala beregu campuran dan beregu wanita belum pernah menjuarai kejohanan ini dalam…










