KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Lelaki Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen mengesahkan pihaknya sedang melaksanakan perubahan struktur dalam sektor perseorangan menjelang musim ini. Beliau berkata, penilaian terperinci telah dilakukan bagi mengenal pasti keperluan semasa dan masa hadapan, termasuk penambahan jurulatih serta penyusunan semula sistem latihan untuk memperkukuh prestasi pemain. “Untuk 2026, akan ada perubahan struktur termasuk penambahan jurulatih dan penyesuaian organisasi bagi memperkukuh sistem sedia ada. “Pendekatan ini bukan…










