TITAH berhubung kepentingan bahasa Melayu selaku bahasa negara sepatutnya diterima baik setiap rakyat bukan sahaja dengan hati terbuka, juga penuh keinsafan. Namun, hal ini tidak berlaku sedemikian apabila masih ada sesetengah pihak mahu terus mempertikai kepentingan bahasa Melayu. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku setelah semua etnik mempersetuju kedudukan mulia bahasa Melayu dalam Perjanjian Etnik 1955 yang secara longgarnya lebih dikenali Kontrak Sosial. Kewujudan kelompok yang menentang sangat menyedihkan. Persoalan lebih…










