Honda bakal tinggalkan 'zaman gelap'

Honda bakal tinggalkan ‘zaman gelap’

Pelumba pasukan Honda HRC Castrol, Luca Marini menjalani latihan semasa sesi pemanas badan sebelum perlumbaan Grand Prix Indonesia di Litar Mandalika, Nusa Tenggara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA: Pelumba Honda, Luca Marini menyifatkan keupayaan Honda menganalisis data perlumbaan sepanjang musim MotoGP 2025 kini berada pada tahap yang sangat tinggi dan menjadi faktor utama kebangkitan semula pasukan itu.

Pengeluar Jepun tersebut menamatkan kemarau podium apabila jentera RC213V menunjukkan peningkatan ketara, sekali gus membolehkan Honda melalui kempen 2025 yang jauh lebih kompetitif berbanding musim sebelumnya.

Kejayaan paling menonjol hadir menerusi kemenangan Johann Zarco di Grand Prix (GP) Perancis dalam keadaan litar basah, selain tiga lagi podium dalam perlumbaan kering yang menjadi pencapaian terbaik Honda sejak musim 2023.

Prestasi konsisten itu turut menyaksikan Honda melonjak keluar daripada kedudukan D dalam senarai konsesi MotoGP, satu petanda jelas kemajuan besar yang dicapai pasukan tersebut.

Menurut Marini, selain penambahbaikan ketara pada enjin, pemahaman lebih mendalam terhadap data sebelum dan selepas setiap perlumbaan telah membantu jurutera Honda membuat keputusan yang lebih tepat.

“Bagi saya, saya masih di sini untuk setahun lagi dan sejak awal banyak perkara telah berubah dengan ketara.

“Tahun ini keseluruhan pakej bertambah baik kerana kami mempunyai lebih ramai kakitangan dan jurutera, dan itu membuatkan analisis data berada pada tahap yang sangat tinggi,” kata Marini.

Kemajuan Honda pada musim 2025 turut mengaitkan pasukan itu dengan nama besar seperti Jorge Martin dan Pedro Acosta bagi musim 2026, sebelum Honda memutuskan untuk melanjutkan kontrak Marini yang peranannya sebagai pelumba berprofil analitikal kini dianggap aset penting pasukan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN