PETALING JAYA: Pemain kebangsaan, Rodrigo Holgado didakwa akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam masa terdekat. Perkembangan itu mula menjadi ‘buah mulut’ dalam kalangan peminat bola sepak Amerika Selatan selepas seorang wartawan terkenal Chile, Maestro Pichanguero, mendedahkan kemungkinan Holgado bakal menyarung jersi skuad Harimau Selatan. Menurut laporan wartawan tersebut, individu terdekat dengan bekas penyerang Coquimbo Unido itu, percaya terdapat kelemahan berhubung isu penggantungan tujuh pemain, termasuk Holgado, sekali gus membuka…










