KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita, K. Letshanaa dan Wong Ling Ching diberi tempoh enam bulan untuk menempatkan diri dalam kelompok 32 terbaik dunia. Jurulatih perseorangan wanita, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berkata, beliau mahukan kedua-dua pemain itu berusaha memperbaiki kedudukan ranking yang disasarkan terlebih dahulu sebelum menilai semula persembahan mereka untuk baki enam bulan seterusnya. “Letshanaa dan Ling Ching menjadi fokus saya untuk musim 2026 dengan sasaran pertama ialah pada Kejohanan Badminton…










