LONDON: Pengurus Chelsea, Liam Rosenior mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan penjaga gol Robert Sanchez ketika tewas 3-2 kepada Arsenal pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Stamford Bridge, semalam. Sanchez gagal mengendalikan sepakan penjuru Declan Rice pada minit ketujuh yang membolehkan Ben White menjaringkan gol pembukaan, sebelum menumpahkan hantaran White awal babak kedua untuk membolehkan Viktor Gyokeres menyamakan kedudukan. “Saya meminta Rob (Sanchez) melakukan perkara yang belum pernah dilakukannya…










