Rosenior semakin hampir ke Stamford Bridge

Rosenior semakin hampir ke Stamford Bridge

Liam Rosenior
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Enzo Maresca meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih Chelsea selepas 18 bulan memegang jawatan tersebut, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, kelmarin.

“Kelab Bolasepak Chelsea dan ketua jurulatih Enzo Maresca telah berpisah,” menurut satu kenyataan kelab.

Pemergian jurulatih dari Itali itu dari Stamford Bridge berlaku ketika kelab berada di kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris, ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga dan seteru London, Arsenal dengan hanya satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga utama terakhir mereka.

Spekulasi mengenai kedudukan Maresca meningkat susulan prestasi hambar Chelsea kebelakangan ini, di tengah-tengah laporan mengenai hubungan yang semakin meruncing antara jurulatih itu dan pihak pengurusan kelab.

“Dengan objektif penting masih menjadi rebutan dalam empat kejohanan termasuk kelayakan ke Liga Juara-Juara, Enzo dan kelab percaya perubahan ini memberi pasukan peluang terbaik untuk mengembalikan musim ke landasan yang betul,” kata kenyataan kelab itu.

Maresca tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan susulan keputusan seri 2-2 menentang Bournemouth, walaupun ketidakhadirannya dikaitkan dengan masalah kesihatan.

Keputusan Maresca untuk mengeluarkan Cole Palmer sejurus selepas sejam permainan dalam perlawanan menentang Bournemouth telah disorak dengan cemuhan oleh penyokong Chelsea.

Keputusan seri itu bermakna Chelsea telah melepaskan 13 mata di laman sendiri daripada kedudukan menang musim ini sebahagian besar daripada jurang 15 mata antara The Blues dan Arsenal.

Nama Maresca melonjak di Chelsea selepas The Blues menewaskan Barcelona 3-0 dalam Liga Juara-Juara pada November.

The Blues akan kembali beraksi esok menentang Manchester City di tempat lawan, perlawanan pertama daripada sembilan perlawanan merentasi empat kejohanan dalam jadual Januari yang padat.

Liam Rosenior, ketua jurulatih kelab Perancis Strasbourg, yang dimiliki oleh syarikat induk Chelsea, BlueCo, sebuah konsortium yang diketuai oleh ahli perniagaan bilionair Amerika Syarikat, Todd Boehly merupakan calon untuk menggantikan Maresca walaupun jurulatih Inggeris itu masih muda pada usia 41 tahun dan kurang pengalaman Liga Perdana Inggeris.

Bekas ketua jurulatih Barcelona, Xavi, pengurus Crystal Palace Oliver Glasner, Marco Silva dari Fulham dan pengurus Bournemouth Andoni Iraola adalah antara calon lain yang berpotensi untuk menggantikan Maresca di Stamford Bridge. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN