Bayern masih mahu Kane

Bayern masih mahu Kane

Harry Kane
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Gergasi Jerman, Bayern Munich kini dalam proses rundingan untuk melanjutkan kontrak penyerang berbisa mereka, Harry Kane.

Kapten England yang berusia 32 tahun itu yang menyertai Bayern pada 2023 dari Tottenham terikat dengan kontrak sehingga 2027.

Pengarah sukan Bayern, Max Eberl berkata, pihaknya tidak mahu kehilangan penyerang prolifik dan undingan awal lanjutan kontrak telah dijalankan.

“Kami sedang berbincang dengan Harry, kami memang sedang berbincang. Semua orang tahu pada satu ketika keputusan perlu dibuat,” kata Eberl.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern, Jan-Christian Dreesen yakin Kane akan bersetuju untuk terus kekal bersama Bayern.

“Harry Kane mempunyai keyakinan besar terhadap kami dan dia berasa selesa di Munich. Dia dan keluarganya sudah menetap dengan baik. Oleh itu, kami langsung tiada sebab untuk tergesa-gesa,” kata Dreesen.

Untuk rekod, Kane menamatkan kemarau kejuaraannya pada 2025 apabila Bayern memenangi Bundesliga, sekali gus menmatkan kemarau trofi dalam kariernya.

Musim ini, Bayern lapan mata di hadapan dalam liga dan berada di tangga kedua dalam jadual Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang membabitkan 36 pasukan.

Sebelum ini, Kane memberi bayangan untuk melanjutkan kontraknya di Jerman, biarpun ada ura-ura mengatakan dia akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Setakat ini, Kane menjaringkan 119 gol dalam 126 perlawanan untuk Bayern serta mencatatkan 30 bantuan gol dan pada pusim ini, penyerang England itu sudah meledak 34 gol dalam 30 perlawanan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN