LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menghantar mesej jelas The Gunners sudah bersedia menamatkan kemarau kejuaraan selama 22 tahun selepas membenam Aston Villa 4-1 di Stadium Emirates pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam. Pengendali dari Sepanyol itu tidak berselindung dengan keyakinannya, menyifatkan kemenangan itu sebagai isyarat awal bahawa Arsenal kini berada di landasan tepat untuk menjulang trofi liga yang kali terakhir dimenangi pada 2004. “Kami tahu apa yang kami mahukan…










