KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita muda negara, Siti Zulaikha Muhammad Azmi berdepan cabaran getir apabila dipilih beraksi bersama skuad senior, sekali gus menandakan detik kritikal dalam kariernya menjelang Piala Uber 2026 pada April depan. Debut di Sukan SEA Thailand 2025 baru-baru ini memberi pengalaman sukar dilupakan apabila beliau kerap berdepan pemain bertaraf antarabangsa, menguji ketahanan mental dan strategi permainan buat pemain berusia 19 tahun itu. “Dapat banyak bersaing dengan pemain…










