Ubaidullah kembali perkuat benteng B-23 negara

Ubaidullah kembali perkuat benteng B-23 negara

Ubaidullah Shamsul Fazili
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Bawah 23 (B-23) negara, Ubaidullah Shamsul Fazili kembali menyertai kem Malaysia B-23, tepat pada masa untuk aksi penting Kumpulan B menentang Vietnam dalam Sukan SEA 2025 pada Khamis ini.

Sebelum ini, pertahanan kental Terengganu FC itu terpaksa diketepikan buat seketika bagi memenuhi komitmen Liga Super menentang Kuching City FC pada 5 Disember lalu.

Ketua jurulatih B-23 negara, Nafuzi Zain mengesahkan tonggak berusia 22 tahun itu sudah melapor diri dan bersedia membarisi benteng ketika menentang Vietnam pada 11 Disember ini aksi yang bakal menentukan kedudukan juara Kumpulan B.

“Ubaidullah dijangka sertai pasukan selepas perlawanan menentang Laos,” katanya kepada pemberita.

Sekembalinya pemain itu turut disambut baik rakan senegara, Moses Raj yang melihat kehadiran Ubaidullah bukan sahaja menambah kekuatan di bahagian pertahanan, malah membawa aura kepimpinan yang diperlukan pasukan.

“Ubai seorang kapten bertaraf tinggi dan memiliki karakter yang kuat di dalam padang,” katanya.

Malaysia kini memburu kemenangan wajib ke atas Vietnam bagi memastikan tiket mara ke separuh akhir, dengan hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik layak ke pusingan tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia berjaya layak ke peringkat separuh akhir adalah pada edisi lepas di Vietnam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN