PENDIDIKAN pada masa depan merupakan medan yang semakin kompleks, dinamik dan mencabar. Perubahan teknologi yang pesat, pola ekonomi global yang tidak menentu, mobiliti sosial yang cepat serta persekitaran pekerjaan yang tidak stabil meletakkan sektor pendidikan sebagai bidang yang mesti sentiasa bergerak, menyesuaikan diri dan diperbaharui. Pendidikan bukan lagi sekadar proses penyampaian kandungan atau pewarisan tradisi intelektual tetapi satu ekosistem besar yang membentuk kapasiti manusia untuk berfikir, menyesuaikan diri, mencipta nilai…










