Tekanan Hamilton semakin memuncak

Tekanan Hamilton semakin memuncak

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Lewis Hamilton menyifatkan musim pertamanya bersama Ferrari sebagai paling mencabar dalam karier Formula Satu (F1) setakat ini selepas Grand Prix (GP) Qatar.

GP Qatar merupakan satu lagi hujung minggu yang buruk buat Hamilton selepas gagal dua sesi kelayakan selain dilihat bergelut untuk membuat sebarang kemajuan pada hari perlumbaan.

Kegagalan Hamilton untuk meraih sebarang mata bermakna dia berada dalam ancaman daripada Kimi Antonelli menjelang perlumbaan di Abu Dhabi.

Hanya dua mata memisahkan Hamilton dan Antonelli dalam kedudukan kejuaraan dengan satu perlumbaan berbaki.

Hamilton, yang kini berada di tempat keenam dalam kejuaraan, tidak pernah menamatkan musim di luar enam teratas sepanjang kariernya.

Ketika merenung kembali musim pertamanya bersama pasukan itu, Hamilton mendedahkan bahawa dia mempunyai banyak nota untuk diberikan kepada Ferrari tentang perkara yang perlu diperbaiki menjelang 2026.

“Ia sememangnya tahun yang paling mencabar, baik di dalam mahupun di luar kereta. Saya mempunyai begitu banyak nota tentang perkara yang perlu kami perbaiki.

“Masa akan menentukan sama ada kami akan bertindak terhadap perkara-perkara tersebut serta mengekalkan perkara yang baik dan mengubah perkara yang tidak baik dan ada banyak daripadanya.

“Tidak ada sebab mengapa kami tidak boleh membetulkan semua itu jika kami benar-benar melaksanakannya. Saya berharap kami dapat membuat kemajuan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN