PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki remaja wanita negara, Lailin Abu Hassan menggesa anak-anak buahnya bangkit pada aksi kedua menentang Chile dalam Piala Dunia Remaja Wanita 2025 di Santiago, hari ini. Lailin berkata, analisis perlawanan Chile menentang Belanda yang berkesudahan tuan rumah tewas 8-0 akan dijadikan sebagai rujukan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan lawan. “Untuk menentang Chile aksi seterusnya, kita akan analisis kelemahan dan kekuatan Chile dan kita akan…










