ABU DHABI: Juara dunia Formula Satu (F1) yang baru dinobatkan, Lando Norris mengakui berasa bangga apabila memenangi gelaran dunianya yang pertama dengan caranya sendiri. “Itu salah satu perkara yang paling membuat saya bangga. Saya rasa saya berjaya memenanginya dengan cara yang saya mahukan, iaitu bukan dengan menjadi seseorang yang bukan diri saya. “Tanpa cuba menjadi agresif seperti Max (Verstappen) atau sekeras juara lain pada masa lalu, saya gembira. Saya memenanginya…










