BANGKOK: Ketua jurulatih futsal bawah 19 tahun (B-19) negara, Rakphol Sainetngam mengharapkan ‘magis bumi Thailand’ sekali lagi berpihak kepadanya di Kejuaraan Futsal ASEAN B-19 di Nothaburi, Thailand. Rakphol yang masih segar dengan kejayaan meraih pingat gangsa bersama skuad senior di Sukan SEA Thailand berkata, membawa Malaysia beraksi di negara kelahirannya sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa. Katanya, walaupun terpaksa mengerah kudrat membahagikan fokus antara skuad senior dan B-19, Rakphol mahu mengutamakan…










