BANGKOK: Kontinjen Malaysia secara rasmi melabuhkan tirai Sukan SEA Thailand 2025 dengan pencapaian membanggakan apabila menamatkan perjuangan di tangga keempat dengan meraih masing-masing 57 pingat emas dan perak serta 117 gangsa. Pencapaian keseluruhan dengan mengumpul 231 pingat itu adalah yang terbaik berbanding tiga edisi lalu di Filipina, Vietnam dan Kemboja, selain kontinjen negara turut berjaya melepasi sasaran mengutip 200 pingat, sekali gus sekali gus menjadi ‘batu asas’ yang cukup kukuh…










