PETALING JAYA: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara perlu segera memperkukuh benteng pertahanan menjelang pertembungan getir menentang Vietnam pada aksi kedua Kumpulan B Sukan SEA 2025 pada Khamis ini. Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, kemenangan besar 4-1 ke atas Laos pada aksi pembukaan semalam adalah petanda positif, namun beliau memberi amaran bahawa kelemahan pertahanan yang ditonjolkan bakal merugikan jika tidak diperbaiki segera. “Walaupun kita menang 4-1, saya…










