DALAM wacana integriti moden, istilah iltizam politik sering dikaitkan dengan keberanian pemimpin untuk bertindak tegas, konsisten dan tidak berkompromi dalam memerangi rasuah. Namun, konsep ini bukanlah gagasan Barat seperti yang sering disalah fahamkan. Sebaliknya, ia mempunyai akar yang sangat kukuh dalam syariat Islam, sejarah pemerintahan Nabi Muhammad SAW, era Khulafa’ ar-Rasyidin, serta pandangan ulama muktabar yang menekankan keadilan dan amanah sebagai asas pemerintahan. Islam bukan sekadar menyeru pemimpin bersikap amanah…










