KAWALAN keselamatan di pintu masuk negara terus diperkukuh dengan pelaksanaan pintu pagar automatik (autogate) sepenuhnya mulai Jun tahun hadapan, sekali gus membantu menangani isu counter setting serta mengurangkan kebergantungan pemeriksaan manual oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Sebanyak 635 pintu pagar automatik akan dipasang di 125 pintu masuk negara menjelang 2028 bagi melancarkan urusan keluar masuk serta mengurangkan kesesakan di pintu masuk udara, darat dan laut, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa…










