Maresca harungi 48 jam terburuk

Maresca harungi 48 jam terburuk

Enzo Maresca
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Chelsea, Enzo Maresca meluahkan rasa kecewa terhadap kritikan yang diterima pasukannya sekali gus menyifatkannya sebagai ‘48 jam terburuk’ sejak menyertai kelab London itu.

Sebelum ini, Maresca menerima kritikan pedas daripada penyokong The Blues selepas prestasi hambar dalam beberapa siri perlawanan di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Eropah.

Namun, kemenangan 2-0 ke atas Everton semalam menjadi jawapan terbaik buat semua pihak yang meragui pengendali berusia 45 tahun itu.

Jurulatih kelahiran Itali itu tetap memuji komitmen pemainnya selepas Chelsea menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa kemenangan dalam semua pertandingan menerusi kejayaan penting di EPL semalam.

“Mereka bermain sangat baik selepas melalui minggu yang rumit. 48 jam terakhir adalah yang paling buruk sejak saya menyertai kelab ini kerana ramai yang tidak menyokong kami,” katanya.

Chelsea sebelum ini melalui fasa sukar apabila tewas 2-1 kepada Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara, seri tanpa jaringan dengan Bournemouth dan dikejutkan Leeds United 3-1, sekali gus mencetuskan persoalan terhadap prestasi pasukan.

Bagaimanapun, Maresca menegaskan kritikan itu tidak mencerminkan sokongan sebenar penyokong Chelsea yang kekal setia di belakang pasukan.

“Saya rasa kami tidak disokong secara umum, tetapi saya sangat gembira dengan sokongan peminat,” katanya.

Maresca menyertai Chelsea pada 2024 selepas membawa Leicester City kembali ke Liga Perdana, dan berjaya menjulang Liga Konferens Europa serta Piala Dunia Kelab dalam musim pertamanya dengan isyarat jelas bahawa beliau tidak gentar berdepan tekanan, sebaliknya memilih untuk menjawab kritikan di atas padang. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN