Man. City buat Alonso goyah

Man. City buat Alonso goyah

Penjaga gol Manchester City, Gianluigi Donnarumma mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dalam serangan pantas Real Madrid pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid di Santiago Bernabeu sebagai bukti ketabahan dan karakter sebenar skuadnya dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam.

City yang tampak goyah pada setengah jam pertama dihujani serangan bertali arus Real sebelum kembali menemui rentak selepas Nico O’Reilly menyamakan kedudukan sebelum Erling Haaland tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan tiga mata berharga.

Guardiola mengakui aksi awal pasukannya jauh daripada standard sebenar, namun memuji keberanian barisan pemainnya yang tidak menyerah kalah.

“Untuk 25 minit pertama, mereka jauh lebih baik daripada kami. Tapi gol Nico mengubah segalanya.

“Kami pernah bermain jauh lebih baik di sini sebelum ini tetapi tidak menang. Hari ini kami tidak begitu menyerlah, tetapi kami tetap berjaya,” katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu juga berkata, beberapa pemain baharu merasai pengalaman pertama beraksi di Bernabeu stadium yang digambarkannya sebagai antara paling sukar di dunia dan menganggap kemenangan ini sebagai batu loncatan penting.

Beliau turut memuji aksi bertenaga Jeremy Doku dan Phil Foden yang kerap mengucar-kacirkan benteng Real pada babak kedua.

“Setiap kali kami kehilangan bola, Real sentiasa mengancam terutama melalui Vinicius Jr. tapi Doku sangat cemerlang hari ini.

“Saya berterima kasih kepada semua pemain. Saya gembira,” katanya.

City kini mengumpul 13 mata untuk menduduki tangga keempat kumpulan, dengan Guardiola berharap momentum kebangkitan ini mampu dibawa ke dua aksi terakhir bagi memastikan tempat dalam lapan teratas dan kelayakan ke pusingan 16. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN