MADRID: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid di Santiago Bernabeu sebagai bukti ketabahan dan karakter sebenar skuadnya dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam. City yang tampak goyah pada setengah jam pertama dihujani serangan bertali arus Real sebelum kembali menemui rentak selepas Nico O’Reilly menyamakan kedudukan sebelum Erling Haaland tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan tiga mata berharga. Guardiola mengakui aksi awal pasukannya jauh daripada standard…










