KRISIS plastik di Malaysia bukan lagi isu alam sekitar, tetapi kelemahan dasar serta kegagalan industri dan masyarakat. Kita telah menukar negara ini menjadi mesin penggunaan yang hanya tahu mengambil, menggunakan dan membuang tanpa berfikir panjang. Setiap hari, kita menghasilkan 39,000 tan metrik sisa pepejal. Angka ini tidak datang secara tiba-tiba, sebaliknya hasil dari dasar yang lemah sejak puluhan tahun dan sikap tidak peduli yang kini menjadi warisan negara. Walaupun Malaysia…










