PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel mengakui perbezaan besar dari segi fizikal dan corak permainan menjadi antara jurang besar prestasi pasukannya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini. Pengendali dari Perancis itu berkata, pengalaman berhadapan pasukan yang lebih mantap secara fizikal membuka mata beliau dan pasukan mengenai keperluan mempertingkatkan tahap disiplin serta konsistensi dalam setiap perlawanan. “Kami sedar tahap fizikal lawan sangat tinggi dan jelas kelihatan…










