SEPANG: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah menyifatkan pendekatan tidak menetapkan sasaran pingat emas sebagai faktor utama kejayaan kontinjen negara membawa pulang 57 pingat emas sekaligus 231 pingat secara keseluruhan di Bangkok. Beliau berkata, pencapaian tersebut membuktikan kaedah baharu yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya mengurangkan tekanan ke atas atlet sekali gus membolehkan mereka menyerlah melebihi jangkaan. “Apabila kita tidak meletakkan had kepada apa…










