SUNGAI BULOH: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan perlu meraih sekurang-kurangnya dua kemenangan awal bagi membuka laluan ke pentas final di Sukan SEA Thailand 2025. Ketua jurulatih kebangsaan, Nik Safuan Ismade Nik Man mengakui misi itu bukan mudah kerana mereka bakal berdepan tiga perlawanan dalam sehari dengan tahap kecergasan pemain menjadi faktor penentu. “Kalau ikut sasaran utama, kita memang nak layak ke final. Itu juga adalah sasaran yang realistik untuk…










