BANGKOK: Bintang gimrama negara, Ng Joe Ee mengumumkan persaraannya serta-merta pada usia 20 tahun, selepas sekadar raih gangsa di Sukan SEA Thailand 2025, kelmarin. Bagaimanapun, kegagalan meraih emas bukan punca utama Joe Ee bersara, sebaliknya dia sudah tidak mampu menahan kesakitan selepas berdepan beberapa siri kecederaan. Pemenang dua pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu mengakui keputusan berat tersebut terpaksa diambil apabila tubuhnya tidak lagi memberikan tindak balas seperti dahulu.…










