Arteta janji Arsenal kembali bangkit 

Arteta janji Arsenal kembali bangkit 

Mikel Arteta
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan pasukannya akan segera bangkit selepas mengalami kekalahan 1-2 kepada Aston Villa pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park, kelmarin. 

Kekalahan itu menamatkan rekod tanpa kalah 18 perlawanan Gunners dalam semua pertandingan.

Arteta yang berdepan masalah kecederaan pertahanan tengah berpendapat, tekanan dalam liga yang sangat kompetitif bukan sesuatu yang baharu buat pasukannya. 

“Ini adalah liga yang sukar. Kami sudah melalui banyak padang yang mencabar seperti Old Trafford dan Chelsea. 

“Keputusan boleh berubah tetapi kami masih di puncak selepas 18 perlawanan tanpa kalah,” katanya.

Arteta turut menegaskan, pasukannya perlu segera bangkit dan belajar daripada kekalahan itu bagi menguatkan semangat juang mereka untuk baki musim.

“Kami perlu buktikan kami boleh terus bertahan dan bersaing sepanjang musim ini. Mereka yang fikir kami akan mendahului liga dengan margin besar sedang berfantasi,” tambahnya.

Gol dramatik Emiliano Buendia pada minit-minit akhir berjaya membawa kemenangan buat Villa di laman sendiri, menambah tekanan dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang semakin sengit. 

Arsenal terlebih dahulu dibolosi Matty Cash pada separuh masa pertama, namun Leandro Trossard berjaya menyamakan kedudukan sebelum jaringan kemenangan Villa menggugat kedudukan pendahulu liga.

Kekalahan ini merupakan yang pertama buat Arsenal sejak Ogos lalu ketika tewas di tangan Liverpool, dan hanya kekalahan kedua mereka musim ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN