BANGKOK: Berjaya mengawal mental dan emosi menjadi kelebihan buat ratu muay thai negara, Yan Jia Chi menewaskan ‘rakan seguru’ untuk meraih pingat emas acara wai kru di Sukan SEA Thailand 2025, semalam. Dalam pentas final yang berlangsung di Stadium Lumpinee itu, Jia Chi atau lebih dikenali sebagai Angie mempamerkan aksi memukau untuk menewaskan juara dunia dari Thailand, Thongduang Thanawan. Lebih menarik, pertembungan di pentas final itu melibatkan rakan sepelatih antara…










