PETALING JAYA: Masalah kesihatan kuda serta persiapan yang singkat nyata tidak mematahkan semangat kem ekuestrian negara untuk menyumbang pingat emas acara dressage individu pada temasya sukan SEA 2025. Atlet negara, Megan Ding Min Ern menceriakan kem negara apabila merangkul pingat emas selepas mengumpul sebanyak 76.525 mata untuk meninggalkan jauh dua atlet tuan rumah Pawarisa Thongpradup dan Nynn Puttisombat yang merangkul pingat perak dan gangsa. Jurulatih ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad…










