PERDEBATAN tentang keperluan memilih parti tempatan berbanding parti nasional kembali menjadi isu hangat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Setiap kali musim pilihan raya, sentimen kenegerian dan slogan ‘parti tempatan untuk rakyat tempatan’ sering diangkat sebagai hujah utama pihak tertentu. Namun bagi sebilangan pemimpin berpengalaman, pendekatan sedemikian dianggap tidak lagi relevan dalam landskap politik moden yang menuntut kematangan, pragmatisme dan keberkesanan jangka panjang. Bagi mereka, menolak parti nasional semata-mata kerana…










