KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menegaskan Sukan SEA Thailand hujung tahun ini tidak boleh dijadikan kayu ukur sebenar kemampuan skuad negara menghadapi Piala Thomas 2026. Katanya, tahap saingan di Sukan SEA terlalu jauh berbeza dengan kejohanan berpasukan paling berprestij itu, justeru tumpuan utama kini lebih kepada memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pemain. “Sukan SEA bukanlah ukuran sebenar kekuatan kita kerana taraf persaingan masih jauh…










